11 April 2010

Fenomena Pasang dan Surut

Kejadian pasang dan surut adalah disebabkan paras air lautan yang naik dan turun. Tarikan graviti matahari dan bulan terhadap bumi akan menyebabkan wujudnya tarikan graviti yang memberi kesan terhadap bendalir di permukaan bumi. Oleh kerana bulan berada lebih dekat dengan bumi, maka tarikan graviti bulan lebih berkesan berbanding dengan matahari. Air lautan tertarik ke arah bulan menyebabkan paras laut naik dan menjadi pasang. Apabila bumi berputar, graviti bulan akan memberi kesan ke bahagian lain bumi. Maka kawasan baru ini akan mengalami pasang, manakala kawasan sebelumnya mengalami surut. Kejadian pasang dan surut lebih ketara apabila bulan berada pada fasa ijtimak atau ketika bulan purnama kerana ketika ini bulan dan matahari sejajar dengan bumi. Bahagian bumi yang bertanda B ialah bahagian yang menghadap ke arah bulan, iaitu bahagian yang paling kuat mengalami tarikan graviti. Bahagian C pula ialah bahagian bumi yang mengalami graviti kurang daripada B. Bahagian A pula ialah bahagian yang tarikan gravitinya lebih kuat daripada kawasan C kerana sokongan graviti daripada matahari. Oleh kerana tarikan graviti di B lebih kuat, maka air lautan dari bahagian C akan memenuhi kawasan B dan A. Ini akan mewujudkan 2 hemisfera pasang surut. Walau bagaimanapun kekerapan pasang surut di sesuatu perairan akan dipengaruhi juga oleh faktor-faktor arus dan keadaan fizikal perairan tempatan.
p/s: Untuk mengetahui pasang surut air bagi kawasan anda sila klik disini