11 April 2010

Jeti


Jeti Nelayan Ujong Batu adalah tempat yang menyediakan perkhidmatan menghantar pemancing untuk ke bawah jambatan. Jeti ini terletak di Bagan Dalam, Butterworth, Disini terdapat tiga orang pemandu bot atau tekong yang akan membawa ke Jambatan. Anda j uga boleh memilih untuk bermalam disana atau pulang pada waktu p etang,,semuanya bergantung pada anda,tapi kita juga mesti memastikan bekalan makan mecukupi kerana tekong mungkin tidak dapat menghantar makan untuk anda sewaktu berada di bawah jambatan melainkan pada waktu pagi sekiranya anda memesan pada tekong tersebut..Dan dinasihatkan juga supaya membawa baju sejuk atau sweater kerana angin pada waktu malam agak sejuk..Tambang kesana adalah berpatutan iaitu RM20.00 untuk pergi dan balik tidak termasuk harga makanan..anda juga boleh memilih untuk memancing disana selama mana anda mampu,,sama ada satu hari, dua atau pun berhari-hari...Ermm tentang spesis ikan yang kita boleh memancing disana saya akan postkan pada akan datang..banyak lagi koleksi gambar yang saya belum uploudkan untuk tontonan umum..